
Apa itu Nilai?
Apakah itu nilai? Nilai adalah satu keyakinan yang kukuh dan mampu bertahan lama dalam diri individu. Ia menentukan apa yang kita yakini sebagai baik, betul dan benar dalam kehidupan ini. Ia mewujudkan pertimbangan dalaman yang ‘memandu’ individu dalam membuat sebarang pertimbangan mahupun mempertahankan prinsip dalam kehidupan. Ia adalah sumber, pendorong dan ‘pemandu’ yang menjana motivasi dalaman lalu mempengaruhi keputusan dan tindakan dalam kehidupan seseorang individu. Jika sumber ini tidak dijana dengan betul, tidak diperkukuh dan diseimbangkan, maka kesannya ialah gejala keruntuhan akhlak dan moral seperti mana yang terjadi dalam masyarakat kita hari ini.
Lihatlah pelbagai isu sosial yang terpampang di dada akhbar; gejala rempit, pembuangan bayi, perhubungan luar batas dan luar perkahwinan, perlakuan sumbang mahram, kes kes rogol dan bunuh serta bermacam lagi perlakuan manusia yang melewati batas moral, akhlak dan sahsiah. Justeru, adalah penting untuk kita semua menterjemah sistem nilai yang baik, betul dan positif dalam diri setiap pelajar tanpa kompromi, tanpa pilih kasih serta usaha yang berdayasaing dan berterusan untuk menjananya dalam diri setiap individu.
Life is full of choices…make your choices as it determines your directions…and live life to the fullest…forgive and forget…be happy!
